Saturday, July 29

wajahhh..

kompemmm..nama dia bukan d90 atau d75 tapi d80.inilah gambar terbaru bagi nikon d80 seperti tertera kat bodi dia.kalau tengok bodi dia, lebih kurang sama dengan bodi d50/d70/70s.tapi skrin lcd dia nampak macam besar, 2.5' kot, dan spex penuhnya, kena tunggu 9 ogos jugaklah...

type R lagi.

memang kebanyakkan orang malaysia x pernah tengok handa civic ni.ni adalah honda civic uk punya, yang pastinya xkan sampai kat malaysia.(macam accord uk yang dah lama kat uk tapi x sampai2 kat sini). sekarang honda japan baru keluarkan versi type r pula.huk alos, lawaa.tapi honda civic baru versi malaysia pun lawa jugak, ada iras2 integra.tapi takpe, nak mimpi naik civic uk ni pun takpe...mimpi jer kan.
nak tengok model biasa punya leh pergi ke : honda uk

satu laptop satu budak


olpc (one laptop per child) adalah satu idea murni oleh Nicholas Negroponte (antara orang bijak teramat bijak pandai di MIT Media Lab){MIT :Massachusetts Institute of Technology, sebuah universiti tersohor dalam bidang i.t dan macam2 di US, geng2 bijak bijak teramat}. olpc ini adalah sebuah laptop seperti namanya..hehe..yang menarik mengenai laptop ini ialah harganya.hanya US100 sahaja.murahhh, tapi ianya boleh dibeli oleh kerajaan untuk diedarkan di sekolah-sekolah untuk kegunaan pelajar.ia dicipta untuk mengurangkan jurang teknologi maklumat, perbezaan pembelajaran di antara rakyat, terutamaya di dunia ketiga.
setakat ini, kerajaan nigeria telah menempah 1 juta olpc untuk digunakan disekolah2.mit mengharapkan olpc ini mendapat sambutan yang baik daripada pelbagai negara kerana dengan kuantiti yang lebih banyak, harga olpc dapat menjadi lebih murah.bagus betul idea mit ni.
spex olpc : olpc

semua 64bit!!

memang x lama lagi, kebanyakkan kita kena la tukar motherboard baru, cpu baru, memori baru, mudah2 komputer baru.intel keluarkan dah 64-bit Conroe (Core 2 Duo) dan Conroe XE (Core 2 Extreme).kiranya lawan dengan cpu 64bit amd punya lah.rasa baru sahaja tengah glamer pentium 4 ht hari tu, sekarang semua dah 64bit Core Duo.alahai...macam ni lah teknologi.
dell dan hp antara syarikat terawal akan menggunakan cpu terbaru dari syarikat intel ini.xtau lah laju macam mana conroe xe tu..perghhhhhh..

macam firefox tapi x sama


ini browser terbaru, mempunyai ciri2 macam browser firefox, cuma ada xtra sikit, iaitu dia dah 'built in' blog bergambar.maksudnya kita boleh buat blog yang bgambar melalaui browser ini.setakat ini, tak banyak lagi fungsi2 xtra yang boleh didapati daripada website dia, x macam firefox yang tak terbilang xtra & plug-in dalam website diorang.
apapun boleh try browser ini,dia punya interface menarik, simple dan laju pun boleh tahan
jom gerak ke : flock