Monday, October 2

sekian lama menanti..

hebat,kemas, dan macam besshhht aje genggam s5 pro ini.sekian lama menanti, geng2 'cameraman' yang pro-fuji mesti bersorak bila s5 pro ini keluar. antara teknologi baru dalam s5 pro ini adalah ciri real photo fuji yang rakam gambar macam suasana/cahaya/tone muka sebenar.spex penuh dia leh masuk link kat bawah.
s5 pro ini adalah yang terbaru selepas s3 pro, yang mana kamera dslr fujifilm ini cukup popular di kalangan profesional dalam skop perkahwinan dan potrait studio. harganya belum tahu, sebab februari tahun depan baru keluar.mungkin dalam RM8,888, macam S3 pro masa keluar mula2 dulu.
masuk --- > fujifilm

aduss 3D

kat negara-negara luar di sana sinun (negara maju), nippon antaranya, beriya2 nak buat tv skrin 3D pulak..alahai, kita kat malaysia, hdtv pun belum dapat, diorang dah langkah berlangkah2 tinggalkan kita terciput2 kat sini.syarikat philip japan yang sedang berusaha untuk merealisasikan tv 3d ini, yang kata mereka akan merevolusi satu dimensi baru untuk hiburan di rumah.ganazzzznyerrr...

oxyon!!!

ehemmm..ini hanya kabar angin sahaja. dengarnya ini adalah prototaip benq-siemens yang terbaru.
memang klaaassss, dan penuh futuristik.kiranya kalau betul konfemmm jadi model ini, memang jadi hasad dengki orang yang dapat memilikinya...lawa, putih pula macam ipod yang cute-mute.

xxxxx xps

entah kenapa, siri xps dell model desktop x masuk malaysia yer.laptop dah ada xps punya, tapi harganya memang lah kawww kaww..xps adalah keluaran dell untuk mereka yang ingin 'power' grafix dalam pc diorang.
xps 210 ini yang latest setelah dell beli syarikat alieneware.x pasti samada xps 210 ini modified kasi ganaz macam pc keluaran alienware sebelum2 ni.tapi, katalah xps dekstop masuk malaysia, hehehe, ntahlah berapa harganya???
masuk --> dell xps

kembara jalanan...


ni adalah model asal terbaru kembara. kalau di nippon, nama dia terios,apalagi, mestilah dari daihatsu (anak buah toyota).bahagian muka depan dia perghh..mengancam.. bodynya, keseluruhan masih nampak lebih kurang sama.bahagian belakang pula nampak lebih kemas dan kompak.x pastilah model ini akan di'convert' jadi kembara atau tak, sebab dah lama sgt dahhhhhh kembara sekarang ni.