Saturday, July 15

10 cara merakam foto dengan handphone

bagaimana untuk merakam foto dengan handphone?boleh dikatakan semua handphone model terbaru dilengkapi kamera.tetapi adakah fungsi kamera dari handphone ini sama dengan kamera berfilem@digital?

disini disertakan 10 tips untuk mengambil foto dengan lebih baik.

1.pastikan foto yang diambil mempunyai kecerahan yang secukupnya.waktu siang hari dengan cuaca yang terang adalah tempat terbaik untuk mengambil foto dari handphone.sekiranya di dalam rumah, pastikan lampu dipasang walaupun pada waktu siang hari, untuk mendapatkan hasil yang baik.walaupun ada flash untuk handphone2 tertentu, namun, ianya sememangya tidak mencukupi langsung untuk menerangi sesuatu subjek.

2. jangan percaya pada skrin handphone.skrin handphone hanya bersaiz 1 hingga 2 inci sahaja, manakala gambar yang kita ambil, sekiranya handphone kamera kita mempunyai kualiti sehingga 2 megapixel, boleh menghasilkan output sehingga saiz A4. jadi skrin yang kecil pada handphone seolah ilusi mata kita, yang mana foto yang diambil, kelihatan di dalam skrin terang, jelas dan tiada kesan2 bintik2. tetapi apabila kita mencucinya ataupun melihatnya di skrin komputer, barulah kita akan nampak hasil sebenarnya, tidak seperti yang kita lihat seperti di dalam skrin handphone. secara mudahnya, foto yang diambil, bila dilihat pada skrin handphone, fahamkan diri kita, kualitinya, kecerahanannya akan berkurang sebanyak 50%.

3. gunakan kualiti yang terbaik.dalam setting kamera handphone, terdapat setting untuk menentukan saiz foto yang kita rakamkan.pastikan setting tersebut adalah yang paling baik.saiz byte nya memang tinggi, oleh itu, dapatkan kad memori yang berkapasiti besar.

4. jangan gunakan zoom. zoom pada kamera handphone bukanlah seperti zoom yang terdapat didalam kamera.ianya dikenali sebagai digital zoom.foto yang dirakam dengan mendekatkan sesuatu objek dengan digital zoom, akan membuatkan gambar tersebut agak kabur dan kualitinya menurun.sesetengah handphone sudah mempunyai zoom yang berkualiti, zoom ini dikenali sebagai zoom optikal, jadi anda boleh menggunakannya jika ianya tertera pada kamera handphone anda.jadi bagi mendapatkan foto yang lebih baik, usah menggunakan fungsi digital zoom ini, yang perlu anda buat, ialah mendekatkan diri anda dengan subjek yang ingin dirakamkan.

5.
tetapkan kedudukan anda.handphone adalah amat kecil berbanding dengan kamera biasa, jadi untuk merakamkan foto, pastikan anda memegang handphone anda dengan kemas dan jangan bergerak semasa merakam.cara yang paling mudah ialah salah satu tangan anda memegang pergelangan tangan yang memegang handphone untuk mengelakkan sebarang gerakan yang merosakkan foto anda.

6.ambil seberapa banyak foto yang dihasilkan berulang kali.memandangkan hanphone menggunakan memori {samada memori dalaman atau kad memori}, anda disyorkan untuk merakam subjek anda berulang kali, kerana anda tidak akan rugi apa2.anda boleh membuang gambar tersebut setelah ianya dimasukkan ke dalam komputer.

7. pastikan lens kamera hanphone anda bersih.disebabkan handpone adalah sesuatu yang selalu dipegang,atau dimasukkan didalam poket@sarungnya, ianya mudah terkena kesan2 jari, habuk2 dan sebagainya.lapkan lens nya sebelum merakam foto.

8.tukarkan nama fail foto yang dirakam. dengan kemudahan kamera pada handphone, boleh dikatakan anda dapat merakam foto walau dimana, mudah & cepat.jadi tidak mustahil, anda mengambil beratus malah beribu foto dengan handphone anda. untuk tidak meyusahkan anda kelak, pastikan yang setiap foto ditukar namanya dengan nama yang berbeza untuk setiap foto.jika tidak, anda mungkin akan tersilap menindih foto yang baru dengan yang lama secara tidak sengaja.

9.edit gambar kemudian.ada sesetengah kamera handphone dilengkapi software untuk meng'edit foto.elakkan menggunakan fungsi ini, kerana hasilnya anda perolehi bukanlah begitu baik.lebih elok anda edit gambar2 anda melalui komputer.

10.komposisi yang betul. samada anda sedar atau tidak, saiz foto dari kamera handphone sebenarnya tidak sama dengan saiz yang biasa dicuci di kedai gambar. saiz biasa yang dicuci oleh kebanyakkan kita ialah 3R dan 4R.dalam ukuran inci ialah 3.5x5 dan 4x6.tetapi saiz dari handphone ialah, lebih kurang 3x4 atau 4x5. jadi apabila anda mencuci gambar anda dikedai, akan ada sebahagian kecil gambar anda akan terpotong.untuk mengelakkan ini berlaku, pastikan anda rakamkan subjek ada tidak terlalu rapat dengan mana bahagian2 tepi keempat-empat bucu skrin.