Tuesday, October 10

prototaip lagi dan lagi..

dekat-dekat akhir tahun, banyaklah syarikat2 besar keluarkan model terbaru produk mereka, termasuklah model prototaip yang tak pasti keluar atau tak.yang ini adalah prototaip dari olympus, model pengganti untuk siri DSLR mereka, E1. nampak agak banyak perbezaan dengan bodi E1 yang asal,lebih kemas dan profesional, ala2 nikon.tapi bentuk battery-grip dia janggal sikit.apapun ni hanyalah prototaip....al maklumlahhh..

raja kereta kecik

apa lagi kalau bukan move, raja kereta kompak untuk 660 cc.muka depan move terbaru ni, nampak lebih gagah dan tidak terlalu sporty, tetapi tetap menawan.warna yang dalam gambar ni pun lawa.dengar cerita kancil nak dimatikan, nak ganti model kancil baru@terus keluar dengan nama baru.tetapi bukan berasaskan model move ni lah.kalau kat malaysia kita ni, kenari lebih ada ciri-ciri move.mungkin orang nipon dah boring move ni, baru diorang bagi kat kita.hehe..macam biasa lahhhhhhhh..

prototaip nokia la pulak...

model ni dikenali sebagai aeon.banyak pulak syarikat handphone yang keluarkan prototaip yang kaw-kaw punya design.kebanyyakannya juga tukar keypad yang jenis sensitif pada sentuhan, nampak simple tapi futuristik.

google makan tube


google secara rasminya telah membeli youtube.youtube ini adalah pengendali bebas video percuma untuk pelanggan secara streaming.dan ia berada di tempat pertama di dunia, manakala google video, tempat kedua.ini berita baik untuk pengguna internet, sebab kedua2nya menawarkan khidmat secara percuma.kalau lah microsoft atau yahoo yang beli, mungkin nak guna youtube, kena caj.goo google..goooo..
masuk---> youtube

Thursday, October 5

siri n lagi dan lagi..

n75 ni diumumkan serentak dengan n95.model ini 3G jugak, tetapi x advance macam n95.kamera dia pun 2mex sahaja.yang menarik ialah kunci player mp3 dia ada di luar, yang pertama lah bagi nokia, sedangkan handphone jenama lain, dah berzaman buat.tapi skrin dalam dia power, sebab 16juta resolusi bukan 200k lagi.satu peningkatan yang agak ketara.

jom g angkasaraya

x lama lagi, siapa2 yang ada duit tersepak kat mana-mana sebanyak US1.76 juta, bolehlah g jejalan kat angkasa.murah kan..dibenarkan juga membawa seramai 5 orang sebagai teman anda kat dalam pesawat ni.dan ini bukannya 10 tahun lagi, tetapi pada tahun 2008.Virgin Galactic's SpaceShipTwo adalah nama pesawat ini.kalau ada peminat muzik ingat, virgin ni ada syarikat rakaman, tapi pemilik asalnya, richard branson dah jual.sekarang richard branson lah yang nak buat pakej ronda jalan-jalan ke angkasa ni.

lex..my name lex.lexus

jenama lexus ni, iaitu anak buah syarikat toyota untuk segmen kereta mewah, baru je lahir, 17 tahun lepas, tapi dia punya impak..fuhh..contohnye model ls460 ini adalah disasarkan untuk lawan sama dengan model bmw 8 siri, merc S class n jugak audi8.bukan main2 ls460 ni, lawan antara kereta sedan yang terbaik di dunia.bayangkanlah harganya kalau dijual kat malaysia!!paling koman2 pun setengah juta ni......istimewa kereta ini,dia ada 8 tansmisi gear auto!!!kalah merc yang baru aje keluar 7 gear auto.yang ini adalah yang pertama di dunia.enjinnye, apa lagi, v8, 4.3 liter.

masuk-->lexus

Wednesday, October 4

jam angkasa gaban!!

MBW-100 ini, yang bestnya, ialah ada bluetooth.bila ada sambungan bluetooth, banyaklah benda yang boleh dibuat dengannya.dibuat oleh syarikat jam yang kreatif bagai, fossil dengan kerjasama sony ericsson.boleh terima panggilan, hold atau matikan pangggilan dengan butang kat jam ni.mudah kan.fungsi player mp3 pun boleh digunakan dengan sambungan mana2 handphone sony ericsson.besttt bestttttt..dulu kita bercakap dengan benda panjang empat segi, sekarang kita bercakap dengan jam pulak..hehehe

cf melampau

bukan ct melampau yer, tapi cf melampau.compactflash ini di keluarkan oleh pretec, syarikat yang ber'sohor dengan kapasiti melampau2 kad memorinya.yang ini adalah yang pertama di dunia dengan kapasiti 16gb.alahai, 16GBBBBBBB..pc kat sesetengah syarikat pun masih ada yang 10gb, ni cf card 16gb.
masuk-->pretec melampau

sejuta us bebb!!

intel dengan bangga nya, akan menawarkan kepada mereka yang giler kreatif, otak design, i.t power2 untuk bertanding rekabentuk satu pc untuk kegunaan kat ruang tamu.dengan teknologi duo core n viiv, intel akan memberikan mereka@syarikat yang berjaya sebanyak us 1 juta.
sebabnya, intel dah semua manusia dah boring dengan bentuk pc kotak putih kekuningan tuh..bayangkan sebuah pc design mcm xbox ke, mcm ps3 ke..best nyerrrr...nak masuk bertanding? boleh...
masuk-->intel challenge

punggung cunn..

edisi terbaru dari volvo of sweden.cun gak kan.dah agak lama volvo hanya pamerkan imej prototaip untuk model hatchback, sekarang dah dalam pengeluaran pun.nama nye c30.sesuai dengan mamat2 muda yang kaya raya.faham2lah, walau dgn uk, harganya beberapa sahaja, masuk malaysia, kena cukai itu,ini,situ,sini, gedebak gedebumm harganya.

masuk-->volvo

Tuesday, October 3

kotak hitam nyerr..

black box ini adalah prototaip lagi, juga dari benq-siemens.baru ni putih, ni hitam pulak.ntah jadi ntah tak handphone ni.uniknya ialah semua key nya sensitif pada sentuhan.hanya perlu sentuh sahaja, x payah picit2.hampehhh sungguh handphone ni, kelassssss sgtlah..aduhai, cun cun la handphone sekarang, 3,4 tahun lagi, xtau camner.

seksi...nipis sgt2...

apa ke benda lah yang nipis ni.nipis senipis kad kredit..yerrrr, inilah hasil kerja dua syarikat, lg & philips.skrin handphone!!nipissss sgt lah, rasa buleh patah mudah2 aje ni..tapi inilah inovasi kelasss yang kemungkinan akan dijadikan realiti, yang mana tak lama lagi, boleh simpan handphone dalam beg duit macam kad kredit,patah pun mudah..hehe..harap2 benda yang dicipta ni tahan lasak.

makin lama makin kecik!!

ini adalah kad flash terbaru, dari syarikat x glamer pun.0cz.yang hebatnya ia bersaiz 8gb.haiyaaa besarrr maaa..fikir balik, kad memori yang tahun lepas 512mb pun dah cukup besar, sekarang ada yang 8gb.dah ler saiz kecik sesangat..nipis macam kad kredit weiii..gitulah teknologi..

bagerooooo..

antara suv terawal yang cukup popular sebelum wujudnya harrier,murano,rexton dan lain2.inilah raja suv.geng2 kontraktor lah yang ramai pakai pajero ni sebab bodinya memang gagah perkasa.mantap gitu.mitsubishi akan mengeluarkan kenderaan ni di seantaro dunia pada tahun depan, walau kabar angin ada mengatakan dah pun di jual di nippon sana.versi yang atas tu di tunjukkan variasi generai pajero, manakala yang bawah, pajero dua pintu.enjin mestilah mivec, 3.2 enjin diesel 4 lejang.lawa kann..