Wednesday, July 26

320 ekor kuda!!

nak cakap apalagi..tengok gambar pun berderum bulu roma..power dia, 320 kuasa kuda..nama dia, S204 STI.seat recaro tu pun dah xtau berapa ribu harganya..aduhaiiii...bakal menggegarrrr

bakar tanpa pc

kini dengan video kamera jvc anda tidak perlu lagi 'burn' video yang dirakamkan dengan menggunakan pc.jvc menyertakan sebuah 'craddle' yang akan digunakan sebagai pemproses video anda, samada dalam bentuk dvd @ vcd.bagusnye teknologi, makin lama makin senang nak buat kerja.model 'craddle' ini ialah, GZ-MG77KR boleh digunakan sebagai external dvd, melalui sambungan usb.

k610i

k610i ini adalah model s.e yang ada kemampuan 3G, maksudnya ada 2 kamera depan/belakang untuk berhubung melalui video.model ini menarik sekali, sebab x banyak handphone 3G yang sekecil secomel k610i ini.sebelum ini, s.e dah mengeluarkan beberapa model 3G yang simple, tapi kurang mendapat sambutan.yang ni nampak macam leh jadi 'pisang goreng'.
spex : sonyericsson

XH G1 dan XH A1

aduhaii..memang untuk market consumer, takde lah orang beli punya kamera ni, tapi ini adalah berita yang amat baik bagi pro2 kat luar sana.model terbaru dari canon ni yang terkenal dengan digic II yang power, memperkenalkan 2 model.kedua2 menggunakan miniDV dengan 1/3 3CCD, dan pelbagai lagi spex yang power siott...
nak tau lebih lanjut, sila kunjungi canon

naza baruuuuu..?

kia baru mengedarkan lakaran asas bagi sebuah mpv terbaru diorang.kalau kita kat malaysia, mpv ni bakal dikenali sebagai carens.tapi naza bagi nama citra(setelah mod sikit).kalau dilihat pada rupa, memang kelihatan kompak dan kecil, tapi kia mengatakan model carens baru ni boleh memuatkan penumpang 7 orang.depan, belakang, design cun sgt2.angkat dua2 ibu jari..chehhh..
(x sure lah di malaysia, akan diberi lesen kepada naza @ kia sendiri yang akan mengedarnya)

murahh lahhh..

murah lah handphone dari syarikat yang x brape glamer ni, vipn.dia guna 400MHz cpu, WiFi connnectivity, skrin dia 2" 262k TFT touchscreen, 128MB memori dalam, 4 mex kamera digital, dan slot SD . sistem dia guna Windows Mobile 5.0.confirm2 punyalah, xde orang jual kat malaysia handphone ni sebab murah lahhh..
US300,000.00 dollar sahaja.(atas tu gambar permata yang ditatah dengan bodi titan+polycarbonate)

cerita kawin lagi

secara sahnya, amd telah membeli syarikat yang power dalam grafik, iaitu ati, dengan nilai 5.4 US billion.ramainye duiiittt..
nampaknya amd makin mencengkam dalam dunia it dengan pembelian ini.ini akan mengukuhkan dia punya jualan cpu yang mana, mungkin menggabungkan teknologi ganaz2 ati dalam cpu diorang.intel pasti nak cari 'bini' baru yang power jugak kalau macam ni.(nvidia??)

nike+ipod

teruja nya tengok kasut berlari-lari nike terbaru ni.warna hitam+merah.sebenarnya kasut nike ni diusahasama dengan syarikat glamer, apple dengan produknya, ipod.tujuannya?mestilah untuk memastikan setiap larian semasa memakai kasut ini diiringi dengan muzik daripada ipod.tak sure lah sampai ke tak kat malaysia kita ni, tapi ikut harga US, 100 dolar.ada banyak design dan warna.boleh masuk kat www.nikeplus.com

internet explorer edisi 7

versi 7 ini adalah up-date terbesar bagi ie sejak ie6 yang bertahun2 x berubah.banyak fungsi2 terbaru ada dalam versi 7 ini.cuma malangnya,hehehe, fungsi2 tersebut dah lama ada dalam web browser lain iaitu mozilla firefox.apapun, up-date ini memang bagus sebab banyak kelebihannya terhadap sekuriti.boleh dapatkan di www.microsoft.com

logo terbaru,simple+kelas



fujifilm, gergasi dunia filem+digital kini dah tukar logo korporat diorang.
logo 'latest' ni nampak lebih menarik.dunia korporat sekarang banyak yang telah meng'up-date' logo-logo diorang kepada yang lebih simple dan tak banyak berwarna, lebih kepada 1 @ 2 warna sahaja, seperti intel,at&t dan kodak baru2 ni.

water proof sony


SO902iWP ini adalah model yang bakal dikeluarkan sony ericsson yang kalis air.
belum 'confirm' samada model ini untuk seluruh dunia atau sekadar di pasaran jepun.tetapi kalau dipasarkan di malaysia, sekurangnya pelanggan yang inginkan sesuatu yang berbeza dan lasak, tentulah model ini antara pilihan yang tepat.
spex belum tahu lagi.

jet angkasa gabannnn

estima adalah mpv bersaiz besar paling best keluaran toyota (termasuk alphard).tengok 'design' dia saje pun dah meleleh air liur beb. estima terbaru ni sudah boleh didapati di malaysia (antaranya di Naza Motors). setakat ni belum nampak lagi di jalanan.estima ni boleh lawan dengan stream baru lah, tapi harga mak aih..sure mahal siottt ni..

versus+samsung



handphone sekarang bukan sekadar satu alat telekomunikasi sahaja, tetapi dah boleh jadi satu 'style statement' .sebelum ni kita dah pernah tengok jenama nokia dengan l'amour nya.sekarang giliran samsung dengan 'designer' versus. x lama lagi bertambah2 la handpone yang kerjasama dengan 'designer'2 tersohor atau jenama2 popular.kebanyakkannya lebih fokus kepada citarasa perempuan laaa..

coklat dari lg lagi

ini antara 'coklat' yang baru dikeluarkan oleh lg. model ini jenis slide, dan namanya lg u400. kalau tengok dekat dia punya butang menu berbentuk bulat tu, ianya agak menarik dan berwarna biru.di rekabentuk macam tu kerana u400 ni dikategorikan sebagai handphone muzik.mungkin bulan depan akan berada di pasaran di malaysia.makin menarik nampaknya model2 yang dikeluarkan oleh syarikat lg ini.

shuttle MAC???

mengancammm..ni adalah model terbaru daripada shuttle.kiut miut dan boleh lawan apple punya mac mini.
saiz dia lagi kecik dari mac mini, dan style sama dengan mac cara dia 'loading' cd@dvd.shuttle x100 ni kemungkinan besar boleh didapati di malaysia kelak, sebab jenama ni memang dah 'establish' kat sini..
spex dia pula, bergantung kepada konfigurasi yang mcm mana kite nak.

evo x


nama ni antara nama yang paling keeelasss dalam evolusi evo.
sejak versi 3 ke versi 4, perubahan rekabentuk evo (kereta rempittt yang antara paling glamer di dunia) x begitu ketara. tapi evo x (10) ini agak ketara berbanding sebelum2 ni.mitsubishi mungkin akan memperkenalkan model ini akhir tahun ini..cunn..cun..ini adalah rekabentuk final yang dipamerkan di autoshow tokyo.bila leh merasa tengok atas jalan..hehehe..nak beli dah kempunan dah

zooom, zoom sgt2


panasonic lumix dmc-fz50 ini kira dewa lah kalau dikalangan digital kamera prosumer, sebab dia punya zoom, kaw2 punya.ni bukan zoom digital yang macam dalam kamera hanphone, tapi optikal zoom. yang mana kemampuan dia zoom pada sesuatu objek tu tidak akan mengurangkan kualiti foto yang kita nak rakamkan.panjangggg ni 12x optikal zoom ni, lebih kurang 300mm lebih..
kat bawah ada spex dia secara ringkas..warna pulak didatangkan dengan 2 pilihan sahaja.
- 10 megapixels
- 12X optical zoom - 2-inch LCD - 100 to 3200 ISO range - Image stabilization - SD Card expansion - 20 scene modes - 30-fps VGA video recording

moooootoooo hangatttt



nikmatilah handphone terbaru dari motorola.kite sendiri pun x tau nak pilih sebab semua nyer yummm yumm..
dari atas ke bawah tu, motorola rizr, model yang jenis slide, kemudian razr k1 yang ada post baru ni(confirm nama dia k1)..lawa dia punya kaler..then last sekali, abg besar dia, razr maxx..aduhai, stylishhh beb..
buat masa sekarang x tau lagi harga, jadi bolehlah nikmatilah dulu gambar2 di atas..
yg pastinya razr ni jadi satu trend yang menjadi jadi jadiiii..